Sunday, 8 June 2014

Andai lelaki tahu

Andainya lelaki tahu,,
Dalam hati seorang perempuan,,
Ada naluri untuk disayangi,,
Ada rasa untuk diberi perhatian,,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya,,

Andainya lelaki tahu,,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,,
Marah seorang perempuan perlu didekati,,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi,,

Andainya lelaki tahu,,
Disebalik seribu satu rasa itu,,
Ada sekeping hati nan lembut,,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,,
Bukan jua untuk dimanjai,,
Hanya perlukan sedikit perhatian,,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,,
walaupun saat berjauhan,,

Kerana andainya lelaki tahu,,
Hati itu akan sentiasa bertanya,,
Pada diri seorang perempuan,,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,,
Tetap dihati seorang perempuan,,
Biarpun berkali ombak menghempas,,
Takkan sesekali pantai itu berubah

Aishieru 3


Ketika kau marah dan cemburu
Kau kelihatan begitu cantik
Walau kadang mengesalkanKau selalu bertanya dan penuh curiga
Ku tahu kau takut kehilanganku

Begitupun aku, maafkan yang
Selalu kasar marah padamu
Meski tak lagi ada kata
Cinta terucap, sekedar basa-basi
Tapi hatiku masih milikmu, milikmu
Cemburu tanda cinta, marah tandanya sayang
Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan
Kalau dekat bertengkar, kalau jauh ku rindu
Jadi serba salah, buatku dilema
Tapi aku selalu aishiteru
Mengapa kau marah tanpa alasan yang jelas
Aku tak mengerti, angkuh dan egois
Acuh tak acuh padaku seakan tak peduli
Padahal kau butuh perhatianku

Thursday, 19 December 2013

Tuhan Jaga Kan Dye

Tuhan,
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya,
Mungkin juga aku tidak indah di matanya,
Tapi tolong jagakan dia untukku,
Aku terlalu jauh untuk melihat dia,
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia,
Tapi dalam hati, hanya KAU yang tahu,
seberapa dekat dia di hati ini . .

Tuhan,
Berikanlah dia kesihatan,
Kurniakan dia kegembiraan,
Agar aku juga turut senang melihatnya kelak,
Andai KAU izinkan,
Dalam hati, hanya KAU yang mengerti,
Rasa sakit, rasa rindu,
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya,
muncul untuk dia . .

Tuhan,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkanlah rasa ini, rasa yang ada dalam hati,
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal,
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia,
Kau pertemukanlah mereka segera,
Dan bukalah mata hati ku,,
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . .

Tuhan,
Sukarnya menahan perasaan ini,
Perasaan yang terpaksa didiamkan, ditahankan,
Sesak setiap kali memikirkannya,
Tapi apalah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU . .

Tuhan,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU
untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia,
KAU jagalah dia untukku,
Kerana aku terlalu SAYANG dia . .


Sunday, 13 October 2013

Untukmu Ibu Tersayang



Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu


##al fatihah buat arwah emakku rohaya ahmad

Monday, 24 June 2013

SAAT RINDU BERTAMU

Saat rindu bertamu, 
Hati bagai di pagut sembilu, 
Walaupun jauh beribu batu, 
Inginku layang sekilas rindu, 

Bakul rindu makin melimpah, 
Ingin ku sekat semakin payah,
Seberkas kasih sempurnalah sudah, 
Apakah ini dugaa ALLAH......

Wahai dikau pujaan hati selami jiwa tenangan sanubari,
Kita saling lengkap melengkapi,
Agar rindu jadi bukti,
Pada cinta sehidup semati.....

Biar berjauhan,
Asalkan hati tidak pernah berubah,
Biar tidak jumpa,
Asalkan hati tidak pernah lupa



Tuesday, 18 June 2013

CINTA

CINTA.... Kehidupan x akan indah tnpa hadir nye cinta seseorang sebagai peneman dlm liku-liku kehidupan...Tanpa cinta, akankah wujud nye keindahan seperti taman syurga dalam hidup? Dapatkah kehidupan dipenuhi dengan warna-warni seperti pelangi dalam kehidupan?

Cinta, ada yg suci, ada yg seketika cuma, cinta juga ada yg hnya utk hiburan.... Tetapi percayalah, bahawa tnpa cinta tidak akn indah perjalanan hidup ini...kerana cinta memberikan pengalaman dan pengajaran kepada yg melaluinye...

Bagi diri ku, cinta itu ada perit, membahagiakan, menyerikan, keasyikkan dan membawa seribu erti dalam diri ini.. Percintaan yang dilalui mengajarku erti sebenar cinta..

Tangisan, hilai tawa kegembiraan, jeritan keperitan serta lonjakkan keriangan saat bersama akan dijadikan  kenangan selamanye kerana semua itu adalah harta yg tidak ternilai harganye bagi diri ini....
   










Wednesday, 12 June 2013

NAK JUGAK CARI JAWAPAN!!!!

Kadang-kadang ada perkara yang kita nak sangat tau.  Meronta-ronta hati menguit ingin mengetahui kebenarannya hingga kita lupa nak menilai keupayaan diri.  Kuatkah kita? Mampu kah kita? Kerana ada masanya kebenaran itu menyakitkan dan tidak berpihak pada diri kita tapi sebaliknya.

Itu lah hakikat nye.... aku tak menafikan.. kadang-kadang aku sendiri pon macam iitu....Aku akan cuba cari jawapan sampi aku temui... walaupon aku tahu hakikat nye sungguh sakit jika apa yang aku cari tak menyebelahi aku... tapi kalau aku dah bosan tak temui jawapan lama-lama aku diam kan je... HAHAHAHA!!! Aku akn cuba buat tak tahu aje....

Kau orang mesti nak tau kan mengapa aku suka cari jawapan .. sbb nye aku akan rasa puas walaupon ak tau jawapan tue menyakikatkan hati aku .... tapiiii klu jawapan nye menyebelahi aku.... perhhhh bahagia nye..  mcm dunia nie aku yang punya... HAHAHAHA..

Hakikat nye kite kena redha dengan smua jawapan yang kite temui .... tak kira lah jawapan tue menyebelahi kite atau tidak........